Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

Warisan Berzaman


Kalau anda lihat lampiran di atas, pasti anda teringat zaman anda di bangku sekolah dahulu. Buku teks mahupun buku latihan pelajar sekolah rendah yang masih meneruskan sistem pembelajaran jawi sehingga kini.Sebenarnya kita yang paling beruntung kalau kita mahir dengan ilmu jawi.Bukan setakat pada anak-anak kita sahaja kita boleh ajarkan, bahkan ilmu ini boleh lagi kita perluaskan kepada semua tidak kira apa peringkat sekalipun.Walaupun ilmu yang kita perolehi itu sedikit, tapi nikmat keseronokkannya akan kita dapat apabila kita memanfaatnya dan juga bila kita tidak lokek untuk berkongsi dengan orang lain.Teringat bila kerapkali setiap malam, anak jiran di depan rumah pasti hinggap ke rumah untuk mintak khidmat tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah kerja rumah yang sekolah bagi.Fokusnya adalah latihan buku teks jawi yang perlu ia selesaikan.Bila tengok je latihan tu, automatik terfikir apa lah yang akan jadi jika "warisan" ini tidak ada pelapisnya....
Alhamdulillah anak jiran itu akhirnya tersenyum puas kerana kerja sekolahnya dah habis dan ia sudahi dengan "terima kasih kak, sebab sentiasa membantu adik".Semoga warisan ini akan berterusan talian hayatnya..

Mudah Dengan ejawi.net Converter



Betul la ada satu kata pepatah menyebut "tak kenal maka tak cinta".Pada mulanya menggunakan converter ni memang seronok.Tapi mulai keliru apabila ada dikalangan yang pro jawi tegur,yang converter ni bukan 100% betul kaedah ejaannya.Fikiran ligat mencari jawapan.Alhamdulillah diberikan kesempatan dapat menimba sedikit ilmu mengenai kaedah jawi baru, bagaimana untuk memperbetulkannya.Bermula dengan siri 1 dan ditambah dengan lanjutan.Akhirnya barulah nampak jalan cerita sebenarnya.Sebenarnya converter ni fungsinya memudahkan kita translate dari perkataan bahasa melayu - jawi.Tapi anda semua perlu menyemak ejaannya terlebih dahulu sebelum anda menggunakan perkataan tersebut 100%.Kalau nak lebih yakin lagi, boleh baca komen tuan punya pengasas converter ni dalam klinikjawi.wordpress.com.Jadi jangan susah hati kalau nak guna converter ni.Ia memang memudahkan anda sebenarnya kalau anda tahu tentang cara penggunaanya yang sebenar.

Khamis, 5 Julai 2012

Jelajah Microsoft Maren



Pernahkah anda melihat microsoft ini? mungkin sudah ramai yang telah mengenalinya.Mungkin juga ada yang telah mahir menggunakannya.Bagi yang mahir berbahasa arab tapi agak sukar untuk menaipnya dengan pantas, fungsi microsoft ini sedia membantu anda.Uniknya juga keyboard microsoft ini juga dapat membantu anda mendapatkan huruf-huruf jawi apabila anda beralih untuk menaip,edit dan sebagainya.Tapi apa yang penting gadget anda perlu lengkap seperti mempunyai language bar yang tersedia dengan Arabic Font. Manakala Font Jawi juga perlu installdalam Program Files komputer anda...kalau tidak,misi anda tidak akan berjaya sepenuhnya...selamat meng"install" kannya.

Bila P.Ramlee masuk kelas


tak putus asa belajar, walaupun pakcik belakang tu gelak tak mau-mau hampir dah nak tercabut gigi dia...http://www.youtube.com/watch?v=KbAm38NJi28&feature=colike

Ahad, 1 Julai 2012

Asah Kemahiran Jawi Anda


Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya blog ini dapat kami siapkan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan semua mengenai satu kemahiran yang memang unik untuk di pelajari, di fahami dan di praktikkan oleh anda.Bagi yang tahu membaca jawi, insyaallah kemahiran anda akan diperhalusi lagi melalui pendedahan pemahaman kaedah jawi baru yang kini giat diketengahkan.Bagi yang baru belajar dan nak belajar, insyaallah mungkin sedikit sebanyak nota-nota yang akan kami ketengahkan ini, hasil sumber daripada seorang tenaga pengajar yang berpengalaman mungkin boleh memberikan anda gambaran awal mengenai, apakah itu JAWI?. Dalam banyak-banyak bahasa, bahasa melayu yang paling kreatif kerana gaya penulisannya telah dicipta lebih dari 1 cara, hebat kan?...terima kasih pada semua cendiakawan JAWI.Wassalam..